Alhamdulillah, akhirnya berjaya open booth kat Subang Parade dan yang paling seronok update online :D
Hari pertama sangat lah penat!. Kami hanya dapat masa untuk set up booth bermula pada malam ahad pukul 11.30pm hingga lah ke 4pagi hari isnin! oh
Hari pertama dihabiskan dgn tagging & ironing. Berpeluh2 ok, walaupun kakak datang menolong tapi dia lebih kepada runner untuk ambil barang (final touch up la konon), papi pula mengambil cuti untuk menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi (walaupon sebenarnye dia nak tido sbb tgk bola :P) dan yang paling gembira sales hari pertama sangat lah memberangsangkan (at least lepas bayar sewa & gaji hihi)
Jaja kawan baik sejak sekolah datang dan terharunya lah siap beli baju walhal dia dh ada baju raya, Tengkiu Jaja. siap tolong jual lagik.
Kebanyakan stok belum sampai lagi, selepas ini insya allah sume items akan di update di blog. Selama 5 hari disini jualan mmg memberangsangkan. Diharap dapat reach target.
Jemput lah datang ke Booth Jasmin Irisha, No. 12, level G, Subang Parade. Open daily 10am - 10pm. Jangan risau discount terhebat menanti ..
Walaupon penat dan sudah menjadik keluarga komuter & lrt, tidak cukup masa bermain dgn sami, tidak ada masa untuk melayan papi, mengemas rumah tetapi sungguh la bahagia bila sampai rumah kasih sayang menanti..
Tengkiu Papi. xoxo
0 comments:
Post a Comment